Rahsia Amyra Rosli Turun 13kg Langsing Lepas Bersalin
Bukan senang nak jaga badan selepas bergelar ibu. Namun apa yang dilakukan oleh pelakon cantik Amyra Rosli untuk miliki badan langsing sangatlah mudah dan boleh dilakukan oleh setiap wanita.
Mesti ramai wanita di luar sana tertanya-tanya tentang bentuk badan cantik Amyra Rosli.”Eh, bukan baru beranak ke? Cepatnya kurus!”
Menurut Amyra, dia memiliki berat 45kg sebelum hamil dan mengalami pertambahan kepada 58kg sepanjang kehamilan sehingga tempoh bersalin.
Namun, menurut Amyra dia tidak menghadkan pengambilan makanan dan makan nasi seperti biasa memandangkan dia perlu memberi susu badan kepada anaknya, Aqeef Anaqi yang kini berusia 4 bulan.
Rupanya rahsia Amyra kekal langsing adalah dengan mengamalkan minum air suam berserta lemon.
“Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur lemon atau teh campur lemon setiap hari,” katanya kepada Hijabista.
Tambah Amyra lagi, amalan tersebut bukan saja untuk membuang toksin dalam badan, malah untuk mencantikkan kulit.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment