CPTPP beri kelebihan saingan serantau
PERJANJIAN Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatangani, dijangka memberi Malaysia kelebihan daya saing serta meningkatkan keyakinan pelabur.
Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) berkata, ia menjanjikan tahap ketelusan dan peraturan pelaburan yang boleh dijangkakan, konsesi tarif dan saluran menangani halangan bukan tarif bagi pengeluar tempatan.
âCPTPP dijangka mempelbagaikan eksport produk Malaysia. Ini membantu pengilang komponen dan alat ganti Malaysia untuk mengeksport kepada pengeluar peralatan asli (OEM) negara anggota CPTPP seperti Mexico, dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,â kata FMM kepada Bernama.
Persekutuan itu berkata, konsesi tarif yang dipersetujui negara CPTPP akan meningkatkan eksport bagi industri elektrik dan elektronik (E&E) yang sudah pun menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport Malaysia.
"Pertumbuhan eksport juga dijangkakan di negara lain seperti Kanada, Amerika Latin, terutama Mexico.
âNegara ini mengenakan tarif yang tinggi ke atas peralatan elektrik, peranti telekomunikasi dan elektronik. Malaysia peneraju pasaran bagi sarung tangan getah di Kanada, dan kedua di Peru dan Mexico selepas China. Barangan lateks, terutama sarung tangan getah, kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport produk getah Malaysia.
FMM berkata, pengilang juga dijangka mendapat manfaat kepelbagaian sumber input import dan komponen industri.
âCPTPP membolehkan penambahan sumber import bahan mentah yang lebih baik dari Jepun dan Mexico. Ia juga menyediakan sumber alternatif untuk jentera berat dan peralatan,â katanya.
Dari segi meningkatkan daya saing dan perdagangan, FMM berkata perjanjian itu juga dijangka membuka 10 peratus lagi perdagangan bebas duti dengan pasaran perjanjian perdagangan bukan bebas (FTA) baharu iaitu Kanada, Mexico dan Peru.
âPersaingan bukan baru kepada perniagaan di Malaysia dan negara telah menyelesaikan tujuh FTA ââdua hala (Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile, Australia dan Turki) dan lima FTA serantau melalui ASEAN (ASEAN dengan China, Korea, Jepun, India dan Australia-New Zealand).
"Memandangkan majoriti perdagangan negara sudah dilindungi oleh FTA ini, kami yakin pengeluar berada dalam kedudukan yang baik untuk bertahan dengan pembukaan pasaran domestik,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment