PRU14BN perlu rampas DUN Sungkai

Sunday, March 11, 2018

PRU14BN perlu rampas DUN Sungkai


Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan itu perlu direalisasi supaya Sungkai dapat dibangunkan seiring dengan pembangunan dan kemakmuran yang di Slim River, Behrang serta daerah Muallim di sini.

"Saya akan datang kembali bagi membantu keempat-empat calon Parlimen (Tanjung Malim) dan DUN (Behrang, Slim, Sungkai). Sungkai yang terlepas pada tangan orang lain, baliklah kepada BN.

"Kita tidak mahu pengundi di Tanjung Malim ini dinafikan hak ekoran mereka melakukan kesilapan mengundi yang lain (pada PRU-13)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat serta merasmikan Jerayawara Karnival Rakyat Gabungan Insan Seni 2018 di Felda Gunung Besout 1, di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengimamkan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar As Sidiq di felda tersebut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment