Bekas pengarang berita BH meninggal dunia
SHAH ALAM: Bekas pengarang berita BH, Abdul Rahim Zain, meninggal dunia di rumahnya pada jam 7.50 malam tadi akibat masalah jantung.
Abdul Rahim, 61, menghembuskan nafas terakhir di hadapan isterinya, Jaibab Rasul, 59.
Jainab menyedari keadaan suaminya itu ketika mahu meminta izin menunaikan solat sunat selepas Maghrib.
"Saya baru selesai solat Maghrib dan ketika menjenguknya, saya nampak suami sedang berzikir.
"Apabila saya hampiri untuk menunaikan solat sunat, suami meninggal dunia di depan mata saya," katanya.
Allahyarham meninggalkan tiga anak Imartina, 33; Abdul Wafiy, 27; dan Abdul Fayyadh, 21, serta seorang menantu serta dua cucu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, pagi esok.
Pada 1991, Abdul Rahim menjadi wartawan Malaysia pertama membuat liputan mengenai hari-hari terakhir dasar aparteid di Afrika Selatan.
Allahyarham yang menjadi wakil BH di London ketika itu, banyak membuat laporan mengenai keadaan sebenar kehidupan di negara yang hampir tidak memiliki dasar kemanusiaan susulan pemerintahan berdasarkan warna kulit.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment