Soon Huat-Shevon Lai muncul juara Terbuka Jerman
PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menampilkan aksi terpuji apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan gandingan Denmark Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-14, 22-20 pada aksi final, malam ini.
Kemenangan dalam masa 47 minit perlawanan itu juga meneruskan rentak cemerlang pasangan berkenaan selepas kejayaan mengungguli Kejohanan Badminton Kebangsaan, bulan lepas.
Terdahulu, Goh-Shevon melangkah ke final setelah menundukkan pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung dalam pertarungan sengit 23-21, 23-25, 21-13 pada aksi separuh akhir, demikian menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.
Selepas ini, pasangan Malaysia itu yang kini menghuni ranking ke-10 dunia, akan beraksi pada รขkejohanan Seluruh England yang bakal berlangsung dari 14 hingga 18 Mac ini. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment