Pengundi paling ramai di Tambun

Saturday, March 10, 2018

Pengundi paling ramai di Tambun

Pengundi paling ramai di Tambun

TAMBUN - Parlimen  tambun mempunyai jumlah pengundi paling ramai di perak pada pru13, iaitu seramai  89,435 orang dan jumlah tersebut dijangka meningkat melebihi 90,000 pemilih pada pru14 nanti.

peningkatan jumlah penduduk yang begitu drastik menjadikan kawasan parlimen tersebut akan terus kekal menjadi kawasan pengundi teramai di negeri ini.

terletak berhampiran pusat bandar ipoh, tidak hairanlah kawasan itu menerima limpahan pembangunan yang banyak disebabkan kawasan ipoh sendiri sudah pun padat dengan penduduk.

di bawah parlimen tambun, terdapat dua kawasan dun iaitu manjoi (n23) dan hulu kinta (n24), dengan kesemua kerusi dimenangi bn.

Dalam pada itu, Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menerajui Parlimen Tambun sejak menang PRU pada 1999 sehinggalah PRU13.

Kawasan parlimen tersebut kini menjadi buruan Pakatan Harapan dan Pas, selepas Ahmad Husni melepaskan jawatan dalam Kabinet serta meletakkan kesemua jawatan di dalam parti pada 2016, dan ditambah dengan jumlah majoriti undi yang semakin mengecil.

Dari segi pecahan pengundi, berdasarkan data PRU13 lalu, 64 peratus adalah pengundi Melayu, diikuti 22 peratus Cina dan 12 peratus India, manakala selebihnya lain-lain kaum termasuklah Orang Asli.

Dari segi pentadbiran tanah, kawasan Parlimen Tambun terletak di bawah daerah Kinta, manakala pihak berkuasa tempatan pula di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Antara tarikan menarik di kawasan parlimen ini ialah Lost World of Tambun, Bandar Meru Raya, Taman Tema Animasi Studio (MAPS), Hospital Bahagia Ulu Kinta, Bulatan Amanjaya dan ladang limau bali.

Program kesejahteraan sentuh hati rakyat

Program kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama dalam menjaga kebajikan rakyat.

Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah  berkata, program berkenaan lebih menyentuh hati rakyat dengan menyusup ke akar umbi menyelami hasrat mereka, dalam menggalas tugas sebagai wakil rakyat, dan tidak meminggirkan pembangunan.

Menurutnya, peruntukan yang diterima banyak disalurkan kepada program baik pulih rumah, menambah baik prasarana awam, program kesihatan dan pendidikan.

“Program sebegini lebih dekat di hati saya. Misi pembangunan untuk rakyat di kawasan saya, bermula dari Tambun hingga ke Kampung Ulu Kuang tetap tidak dilupakan,” katanya.

Namun, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tambun turut mengimpikan Halal Park Tambun di bawah kendalian Mara bakal menjadi nukleus pertumbuhan industri halal di Perak.

Bagi Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamad Zainal Abidin pula, beberapa masalah penduduk yang sekian lama tertangguh berjaya diselesaikan, termasuklah pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi dan pusat rekreasi di Gugusan Manjoi, kedua-duanya sedang dalam pembinaan.

Menurutnya, kerajaan sangat mengambil berat keperluan penduduk di kawasan Dun Manjoi apabila permasalahan tersebut dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Negeri mendapat respons positif.

“Sebagai wakil rakyat, saya hanyalah sebagai pemudah cara bagi setiap permasalahan yang dihadapi rakyat. Seboleh-bolehnya kita mahu semua diselesaikan segera mengikut keperluan.

“Apa yang pasti, banyak masalah yang selama ini tidak dapat diselesaikan kini berjaya diselesaikan dengan kerjasama semua pihak,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment