Penggunaan gari ada caranya
TANAH MERAH - Penggunaan gari dalam tugasan kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) merupakan perkara penting dan perlu diaplikasikan dengan betul ketika menjalankan tugas dan berhadapan dengan golongan penagih.
Ketua Pegawai AADK Tanah Merah, Tuan Yaacob Mohd Daud berkata, latihan perlu diberikan kepada kakitangan AADK bagi meningkatkan dan menambah pengetahuan berhubung pengunaan gari.
âMenangani situasi dan berhadapan dengan pihak terlibat dadah bukannya mudah dan tugas itu perlu digalas oleh pihak kami.
âJadi dengan kursus yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran petugas AADK dalam menangani pelbagai situasi dan lebih mahir mengunakan gari ketika bertugas,â katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya dalam kursus dalaman itu turut diberikan penerangan mengenai 12 langkah dan tatacara pengendalian gari yang betul sebagai proses pembelajaran dan latihan.
âKita harap kursus ini di samping sebagai proses pembelajaran juga dapat mengasah kemahiran kerja serta memperoleh impak sebagaimana yang dikehendaki oleh jabatan.
âDisamping itu kita harap petugas AADK juga bijak mengurus tekanan yang dialami dan bertanggungjawab atas tugas yang dilaksanakan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment