Pekerja kedai tomyam jual ketum

Thursday, March 1, 2018

Pekerja kedai tomyam jual ketum

Pekerja kedai tomyam jual ketum

SHAH ALAM: Kegiatan 10 warga Thailand yang menjadikan sebuah rumah pangsa di Seksyen 17, di sini, sebagai stor penyimpanan dan pengedaran daun ketum, terbongkar selepas diserbu sepasukan polis, malam tadi.

Semua yang ditahan berusia 17 hingga 51 tahun dan bekerja sebagai pekerja restoran menjadikan kediaman itu lokasi pengedaran daun ketum, air ketum serta ubat batuk kepada pelanggannya sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib, berkata dalam serbuan jam 3.30 petang itu, pihaknya merampas lebih 40 kilogram daun ketum, 35 bungkus air ketum dan 82 botol ubat batuk.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan lebih RM3,000.

"Siasatan mendapati air ketum yang siap diproses dijual pada harga RM10 sebungkus, daun ketum pula dijual pada RM35 dan ubat batuk antara RM15 hingga RM20 sebotol.

"Ia kejayaan pertama membabitkan daun ketum dan ubat batuk bagi IPD Shah Alam tahun ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Baharuddin berkata, daun ketum berkenaan dipercayai diseludup dari utara untuk pasaran di sekitar daerah ini.

"Semua warga Thailand itu masuk menggunakan pas pelancong dan sudah tinggal melebihi tempoh di negara ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963. Semua suspek kini direman 14 hari untuk siasatan lanjut," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment