Sungai Lembing tercemar, tapak perkhemahan hilang seri

Thursday, March 1, 2018

Sungai Lembing tercemar, tapak perkhemahan hilang seri

Sungai Lembing tercemar, tapak perkhemahan hilang seri

KUANTAN - Sungai Hulu Daguk di Hutan Simpan Remen Chereh yang terletak di Sungai Lembing kini tercemar ekoran kegiatan pembalakan yang di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, sungai berkenaan terkenal sebagai spa ikan dalam kalangan pendaki ke Gunung Tapis, bagaimanapun ia semakin keruh akibat kerja penerokaan hutan yang dilakukan.

Keadaan itu mula disedari pemandu arah, Mohammad Shahrizal Dollah, 25, ketika membawa sekumpulan pendaki ke Gunung Tapis pada 16 Februari lalu.

Menurut Shahrizal, dia terkejut melihat keadaan di tapak perkhemahan kedua yang sudah diteroka.

"Paling sedih, air sungai menjadi keruh dan ikan tengas yang menjadi tarikan utama pelancong sudah tidak kelihatan. Manakala sebahagian daripada hutan sudah ditebang," katanya.

Md Sohaimi ketika melawat kawasan berkenaan, pagi tadi.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana tidak dapat memuaskan hati pendaki yang mengikuti aktiviti berkenaan.

Katanya, kebanyakan pendaki kecewa kerana gambaran diberikan sebelum ini berbeza berbanding keadaan di depan mata," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Shahrizal yang sudah tiga tahun menjadi pemandu arah juga bimbang pembalakan yang berlaku akan mengorbankan keindahan produk pelancongan di Sungai Lembing.

Menurutnya, sektor pelancongan di Sungai Lembing menjadi antara punca pendapatan utama penduduk tempatan sepertinya.

"Saya harap pembalakan tidak diteruskan kerana akan ganggu keindahan alam semula jadi ke Gunung Tapis.

"Banyak kawasan pelancongan akan terjejas seperti Air Terjun Pelangi , Bukit Panorama dan Lubuk Tengas kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain," katanya.

Sementara itu, masalah pencemaran itu turut mendapat perhatian Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed.

Beliau terus melawat kawasan berkenaan, pagi tadi sebaik mendapat tahu masalah dihadapi.

Md Sohami berkata, beliau berharap kerajaan menghentikan sementara kegiatan pembalakan itu supaya kajian dapat dilaksanakan untuk melihat kesan penerokaan hutan bagi tujuan pertanian.

"Saya dimaklumkan kebenaran penerokaan hutan itu diberikan sejak 2011 bagi tujuan pertanian iaitu untuk penanaman getah. Namun sehingga kini masih belum ada sebarang kegiatan penanaman itu pun dilakukan," katanya.

Menurutnya, melihat keadaan hasil tinjauan yang dilakukan, beliau mendapati kerja penerokaan hutan sudah menjejaskan produk pelancongan di Sungai Lembing.

"Saya harap kegiatan ini dihentikan dan buat penanaman semula pokok di 3,237 hektar di hutan yang sudah ditebang untuk memulihkan semula kawasan ini," katanya.

Md Sohaimi turut berharap tindakan segera diambil supaya situasi di Merapoh tidak berulang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment