Neelofa masih duta Bank Rakyat

Thursday, March 1, 2018

Neelofa masih duta Bank Rakyat

Neelofa masih duta Bank Rakyat

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menafikan dakwaan kontrak Neelofa sebagai Duta Kad Muslimah ditamatkan berhubung kontroversi pelancaran koleksi tudung Be Lofa di sebuah pusat hiburan, Isnin lalu.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata pihaknya tiada perancangan untuk menamatkan kontrak pengacara dan pelakon itu memandangkan isu berkenaan bersifat peribadi.

"Kita tidak melihat kontroversi yang melanda pelakon itu sebagai perkara yang boleh memberi impak negatif kepada syarikat.

"Jadi, tidak timbul sama sekali isu kontrak ditamatkan lebih awal bagi Neelofa," katanya yang mengesahkan tempoh kontrak pelakon itu masih berbaki dua bulan.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Nor, 29, dilantik sebagai Duta Kad Muslimah Bank Rakyat pada 21 Disember 2016.

Terdahulu, wujud khabar angin menyatakan kontrak Neelofa sebagai Duta Kad Muslimah Bank Rakyat ditamatkan berhubung kontroversi pelancaran koleksi hijab Be Lofa.

Syarikat pengeluar tudung berkenaan NH Prima International Sdn Bhd itu memohon atas kontroversi berkenaan semalam.

Isnin lalu, majlis itu dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej pelakon yang bergelar Hajah.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan padangan serta nasihat kepada Neelofa, termasuk memintanya bertaubat.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment