Masa depan Terminal Tambang Rendah semakin cerah - Tony Fernandes

Thursday, March 1, 2018

Masa depan Terminal Tambang Rendah semakin cerah - Tony Fernandes


SEPANG: Masa depan untuk Terminal Tambang Rendah semakin cerah bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau Asia Tenggara.

Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata ini kerana lebih ramai memahami perbezaan antara penerbangan tambang rendah dan penerbangan perkhidmatan penuh atau full service.

"Inilah perjuangan saya selama ini. Kini, semakin ramai memahami atau mengenali perbezaan ini.
"Oleh itu, AirAsia memiliki potensi besar untuk merealisasikan perkara ini dengan pembinaan Terminal Tambang Rendah di bandar-bandar di Malaysia," kata beliau.

Tambahnya, harapan untuk pembinaan Terminal Tambang Rendah yang lain di Malaysia semakin hampir direalisasikan.

"Lebih baik, pendapat ini bukan hanya diterima Perdana Menteri Malaysia. Pimpinan Thailand dan Indonesia juga berasa begitu," kata beliau.

Tony berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Perasmian RedQ di Sepang petang ini.



sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment