Pas teruskan konvoi ke Taman Ilmu
BESUT - Pemuda Pas Terengganu akan meneruskan penganjuran Konvoi ke Taman Ilmu Tembila selepas solat Jumaat esok walaupun mendapat halangan daripada pihak tertentu.
Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Asriazwa Wan Husin berkata, program anjuran Pemuda Pas Negeri akan diteruskan sebagaimana yang dirancang sebelum ini bagi membawa rakyat melihat projek kerajaan BN yang bermasaalah itu.
Menurutnya, orang ramai yang ingin menyertai konvoi perlu berkumpul di pekarangan Masjid Hadhari, Jertih pada jam 3.30 petang sebelum bertolak ke Taman Ilmu.
âTapi kita tengok kepada keadaan di sana, jika tidak ada halangan, kita akan masuk ke kawasan tersebut untuk ambil gambar dan keluar semula,â katanya kepada Sinar Harian.
Wan Asriazwa berkata lagi, bagaimanapun sekiranya peserta tidak dibenarkan masuk ke kawasan komplek pendidikan itu, pihaknya akur untuk mengubah rancangan dengan hanya berkumpul di kawasan Masjid Taman Ilmu sahaja.
Menurutnya, beberapa atucara dirancang termasuk sesi ceramah dan penerangan kepada peserta di kawasan Masjid Taman Ilmu.
âTujuan kita anjur program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat terhadap pembaziran yang dilakukan BNâ katanya.
Beliau berkata lagi, pihaknya menjangkakan seramai 600 orang akan menyertai konvoi tersebut yang menggunakan kereta dan motosikal.
Dalam pada itu Wan Asriazwa melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mensabotaj program tersebut dengan menyalin poster asal hebahan tentang program itu menerusi media sosial kemudian mengubah maklumat program.
âMereka telah mengubah kononnya program akan dibuat pada Sabtu dan bermula di Masjid Alor Lintang pada jam 5.30 petang selain peserta akan menerima wang saku dan duit minyak yang akan disediakan di markas,â katanya.
Dakwanya, tujuan mereka berbuat demikian dipercayai untuk mengelirukan orang ramai supaya rancangan Pemuda Pas tidak mendapat sambutan ramai dan tidak berjaya.
Difahamkan ada pihak yang menuduh perbuatan ini dilakukan oleh Umno atau penyokongnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment