Manifesto pembangkang hanya angan-angan: Sapawi

Saturday, March 10, 2018

Manifesto pembangkang hanya angan-angan: Sapawi

Manifesto pembangkang hanya angan-angan: Sapawi

SIPITANG: Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang baru dilancarkan, disifatkan sebagai 'angan-angan' dan di luar kemampuan pembangkang kerana tidak dinyatakan secara jelas kaedah pelaksanaan janji berkenaan.

Exco Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata pembangkang tidak memberitahu dari mana sumber untuk menunaikan janji itu, malah tidak pernah mencapai tahap sedemikian di negeri di bawah pentadbiran mereka selama ini.

"Berbanding Barisan Nasional (BN), kita sentiasa menepati segala janji yang dibuat dan paling penting, ia akan dilaksanakan berdasarkan aspek 'kesejahteraan rakyat' yang menjadi agenda utama kerajaan selama ini," katanya selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di SMK Pangiran Omar.

Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah dan Ahli Parlimen Sipitang turut mempertikaikan dokumen itu yang kononnya mahu mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya isu berkaitan MA63 tidak pernah diperjuangkan apatah lagi mahu dibincangkan ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sedangkan di zaman pentadbiran beliau (Dr Mahathir) selama 22 tahun, perkara ini (MA63) bukan saja tidak pernah dibincangkan, malah tidak boleh dibangkitkan.

"Kenapa baru sekarang kononnya mahu memperjuangkan isu ini setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji mengembalikan hak-hak rakyat Sabah serta perkara yang tidak dilaksanakan dalam MA63.

"Malah, segala pembangunan membabitkan semua aspek dan kepentingan di Sabah terus ditingkatkan di bawah pentadbiran beliau (Najib)," tegas Sapawi.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment