Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan

Monday, March 5, 2018

Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan

Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan

JERTIH: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 11 biji pil dipercayai dadah jenis yaba dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lak Lok, Jertih, Besut, hari ini.

Turut dirampas selaras senapang angin buatan sendiri yang ditemui dalam bilik tidur rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata serbuan terhadap rumah lelaki berusia 33 tahun terbabit dilakukan berdasarkan maklumat awam jam kira-kira 1.10 tengah hari.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota Taske Force Balai Polis Jertih ke lokasi bagi melakukan serbuan.

"Ketika serbuan, lelaki terbabit yang ketika itu berada di ruang tamu gagal melarikan diri dan kita menahannya untuk pemeriksaan," katanya kepada NSTP, malam ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa menemui 11 biji pil merah dipercayai dadah yaba bernilai RM110 yang disorok dalam poket seluarnya.

Mohd Zamri berkata, pemeriksaan selanjutnya menemui selaras senapang angin buatan sendiri yang diletakkan di atas meja tepi pintu sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.

"Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif Methamphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, siasatan turut dilakukan bagi mengenalpasti tujuan suspek memiliki senjata berkenaan.

Katanya, suspek yang memiliki rekod lampau berkait Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1960 dan Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment