Lelaki dicekup bersama ganja

Thursday, March 1, 2018

Lelaki dicekup bersama ganja

Lelaki dicekup bersama ganja

BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sini, awal pagi kelmarin.

Suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sebuah rumah di Lorong Bunga Rampai 5, Taman Pandan di sini, kira-kira jam 12.01 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek ditahan hasil risikan mengenai aktiviti lelaki berkenaan yang dikatakan aktif mengedar dadah di sekitar kawasan Butterworth.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang berada di hadapan rumah terbabit menemui bungkusan guni putih yang menyimpan lima ketulan mampat dadah jenis ganja.

“Kita percaya, suspek aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah itu sejak beberapa bulan lalu, malah ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif tetrahydrocannabinol (THC),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noorzainy berkata, kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM6,500.

Katanya, hasil semakan yang dibuat mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini direman tujuh hari bagi tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbayaha 1952 kerana memiliki dan mengedar dadah dan suspek juga akan disiasat 15 (1)(a) akta yang sama kerana positif dadah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment