Lelaki cedera dipijak gajah meninggal dunia

Thursday, March 1, 2018

Lelaki cedera dipijak gajah meninggal dunia


SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki warga emas yang parah dipijak gajah dalam insiden tragis di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat pada 1 Februari lepas menghembuskan nafas terakhir pada malam Selasa.

Maklumat itu disahkan oleh Setiausaha MIC Bahagian Sungai Siput, K Manimaran kepada Astro AWANI yang melawat keluarga mangsa di Kampung Sungai Buluh, di sini, pada pagi Rabu.
Menurut Manimaran, mayat M Paramanazan, 69, dibawa ke rumah keluarganya tengah malam Selasa untuk urusan pengebumian pada pagi Rabu, selepas disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping.

“MIC ingin melahirkan rasa dukacita di atas pemergian mendiang. MIC akan terus memantau keadaan keluarga ini kerana mereka hidup susah dan pemergian bapa mereka pastinya membuatkan mereka hilang mata pencarian.

“MIC difahamkan, Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Zolkafly Harun juga akan mencari cara untuk membantu keluarga ini dan mungkin akan bawa ke pengetahuan kerajaan negeri,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Manimaran, MIC juga akan berhubung dengan MIC Perak bagi menyalurkan sumbangan seterusnya kepada keluarga mangsa.



sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment