Kumpulan Perangsang Selangor catat prestasi baik

Friday, March 2, 2018

Kumpulan Perangsang Selangor catat prestasi baik

Kumpulan Perangsang Selangor catat prestasi baik

KUMPULAN Perangsang Selangor Bhd catat kerugian bersih suku keempat yang merosot kepada RM11.09 juta daripada RM28.93 juta pada tahun sebelumnya bagi pertumbuhan pendapatan, perbelanjaan yang lebih rendah dan sumbangan lebih tinggi daripada syarikat bersekutu sebanyak 30 peratus yang dimiliki Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Kumpulan Perangsang Selangor berkata pendapatan kumpulan meningkat kepada RM123.72 juta pada suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2017 daripada RM62.91 juta.

“Pendapatan kumpulan meningkat dengan ketara kepada RM123.7 juta berbanding RM62.9 juta bagi suku tahun sama pada 2016, yang merupakan peningkatan dalam pendapatan sebanyak 97 peratus atau RM60.8 juta.

“Keadaan ini sebahagian besarnya berpunca daripada hasil perniagaan perkilangan Century Bond Bhd daripada RM50.1 juta, yang diperoleh pada November 2016.

“Hasil perniagaan dagangan Aqua Flo Sdn Bhd meningkat kepada RM25.1 juta serta hasil perniagaan infrastruktur, KPSHCM Sdn Bhd sebanyak RM34.5 juta. Malah, sektor pelesenan King Koil  merekodkan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM0.9 juta.

“Bahagian keuntungan syarikat bersekutu meningkat sebanyak RM12.4 juta berbanding suku tahun yang sama tahun 2016 disebabkan sumbangan yang lebih tinggi daripada Splash,” kata Kumpulan Perangsang Selangor.

Untuk sepanjang tahun, Kumpulan Perangsang Selangor berkata, keuntungan bersih FY17 turun kepada RM56.66 juta daripada RM97.77 juta pada tahun sebelumnya. Pendapatan adalah lebih tinggi pada RM362.02 juta berbanding RM144.5 juta.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment