Koperasi Iltizam Mukim Serkat bantu nelayan
PONTIAN - Penubuhan koperasi khas bagi membantu nelayan khususnya di Serkat perlu disambut baik golongan terbabit kerana dapat meningkatkan ekonomi melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang bakal dijalankan kelak.
Koperasi yang dinamakan sebagai Koperasi Iltizam Mukim Serkat ini, sudahpun mempunyai 64 ahli sejak ia mula ditubuhkan pada awal bulan ini.
Pengasasnya, Roslan Bokari berkata, idea penubuhan koperasi terbabit sejajar dengan saranan dilontarkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya nelayan dapat menubuhkan koperasi.
Katanya, melalui koperasi pelbagai aktiviti sampingan lain dapat dilakukan sekali gus memberi pendapatan tambahan selain kegiatan utama mereka turun ke laut menangkap hasil laut.
âKopersi Iltizam ini akan memberi fokus kepada kegiatan agro pelancongan di kawasan Mukim Serkat yang kaya dengan tarikan alam semula jadi paya bakau, laut dan sungai-sungai yang cukup indah.
âSelain itu, lubuk ikan juga akan menjadi tarikan kepada pemancing. Sudah pasti pemancing yang datang ke sini memerlukan khidmat bot, jadi nelayan boleh sewakan bot mereka dan menjadi jurupandu,â katanya.
Jelasnya, terdapat kira-kira 464 nelayan di Mukim Serkat dengan lebih lapan buah jeti nelayan antaranya Jeti Nelayan Sungai Durian, Jeti Nelayan Pengkalan Penghulu, Jeti Nelayan Perpat dan Jeti Nelayan Chokoh.
Justeru, dia berharap agar nelayan di Mukim Serkat dapat memanfaatkan koperasi yang ditubuhkan itu dengan turut sama mengambil bahagian sebagai ahli.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment