Kerajaan hebat kunci kejayaan AirAsia - Tony Fernandes

Thursday, March 1, 2018

Kerajaan hebat kunci kejayaan AirAsia - Tony Fernandes

Kerajaan hebat kunci kejayaan AirAsia - Tony Fernandes

SEPANG: Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) tidak akan mencapai status syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia tanpa sokongan dasar kerajaan dan kepemimpinan yang hebat, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Tambah beliau, adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa AirAsia tidak akan mencapai tahap sekarang jika tidak kerana kebijaksanaan dan wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Bagaimana kami melakukannya? Kakitangan cemerlang, model kos rendah yang hebat, tetapi lebih penting lagi, kerajaan yang hebat, dasar-dasar yang tepat dan pemimpin hebat yang mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.

Beliau turut berkongsi pelbagai kisah kejayaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib, di mana Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK 5.9 peratus, pengangguran rendah pada 3.3 peratus, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan sejak 2009, yang mana sejuta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Inilah Malaysia yang kita mahukan. Malaysia yang berpendapatan tinggi, berkemahiran tinggi menerajui ASEAN dan melangkaui abad ke-21, serta beraspirasi menjadi 20 negara utama menjelang 2050 sejajar dengan Transformasi Nasional 50 (TN50).

"Mengapa kita tidak boleh mencapainya? Kita mempunyai wawasan, kita mempunyai bakat, kita mempunyai kepimpinan yang betul untuk memacu negara dan ekonomi. Kita kini menyaksikan ringgit berada pada 3.91 berbanding dolar AS dan kita gembira dengannya.

"Datuk Seri pasti gembira mengetahui bahawa pagi tadi (semalam) kami menjual syarikat pajakan kami bernilai AS$1.18 bilion, dan wang yang dibawa masuk ke dalam negara itu akan merangsang nilai ringgit supaya ia mencerminkan kekuatan dan daya tahan sebenar ekonomi Malaysia," katanya pada majlis pelancaran Ibu Pejabat Korporat AirAsia RedQ di sini, petang tadi.

Kongsi jasa PM

Fernandez berkata, banyak yang sudah ditulis mengenai Perdana Menteri, tetapi beliau berkongsi kisah bagaimana sebenarnya Najib sangat berjasa kepada industri penerbangan tambang rendah.

Katanya, Najib ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, bersetuju menurunkan Caj Khidmat Penumpang (PSC) di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) daripada RM35 kepada RM25 pada Jun 2007 kerana menyedari peranan tambang rendah untuk menyemarakkan permintaan.

"Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa AirAsia tidak akan mencapai tahap sekarang jika tidak kerana kebijaksanaan dan wawasan Najib.

AirAsia juga berharap pertimbangan Najib mengenai cara terbaik untuk merumus persekitaran kos yang ideal bagi syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, agar tidak hanya berkembang, malah terus maju untuk manfaat negara.

"Perdana Menteri, saya tahu sudah banyak gelaran diberikan kepada anda. Sebenarnya, saya tidak sedar berapa jumlah sebenar - Bapa Transformasi, Bapa Sistem Pengangkutan Awam, Bapa Pembangunan Masyarakat India, ...tetapi ini adalah petunjuk keabsahan kepimpinan yang anda tonjolkan.

"...ini kerana rakyat mengiktiraf dan menghargai kekuatan dan ihsan yang anda zahirkan untuk menyelesaikan isu terbesar negara ini yang mana ramai yang lain gagal atau takut untuk dikaitkan dengannya.

"...dan walaupun insan sebenar tidak dinilai berdasarkan gelaran tetapi menerusi pencapaiannya, saya tak ragu lagi bahawa pelbagai pencapaian anda akan membawa kemakmuran untuk generasi akan datang," katanya.

Justeru, Fernandes berkata, AirAsia dengan penuh takzim mahu memberikan Najib satu lagi gelaran iaitu Bapa Pengangkutan Udara Tambang Rendah kerana sentiasa menyokong industri penerbangan Malaysia.

"Kami berbesar hati kerana ada Perdana Menteri yang sentiasa menyokong kami, insan yang mahu membina Malaysia dengan menyediakan peluang untuk semua," katanya.

"Setiap kita perlu percaya kepada impian masing-masing, dan bukan Perdana Menteri, bukan saya, bukan juga anda yang mahu melihat ada mana-mana warga Malaysia yang ketinggalan, ..ini kerana kejayaan Malaysia perlu dikongsi untuk semua," katanya.

Fernandes berkata, AirAsia sangat berbesar hati dengan kunjungan pertama Najib ke pejabat syarikat itu dalam tempoh 16 tahun syarikat itu beroperasi.

"RedQ adalah astaka impian (Theatre of Dreams) kami, sama seperti stadium pasukan kegemaran Perdana Menteri, Manchester United," katanya.

Mengulas lanjut, Fernandes berkata, seperti dinyatakan dalam artikel Bloomberg baru-baru ini, peningkatan gaji tidak mungkin membawa kepada inflasi, sebaliknya kakitangan yang lebih bermotivasi, mendapat lebih ganjaran dan lebih berkelayakan serta mempunyai lebih masa bersama keluarga.

"Ini adalah sebahagian kisah kejayaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK 5.9 peratus, pengangguran rendah pada 3.3 peratus, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan sejak 2009, yang mana sejuta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Inilah Malaysia yang kita mahukan. Malaysia yang berpendapatan tinggi, berkemahiran tinggi menerajui ASEAN dan melangkaui abad ke-21, serta beraspirasi menjadi 20 negara utama menjelang 2050 sejajar dengan Transformasi Nasional 50 (TN50).

"Mengapa tidak kita boleh mencapainya? Kita mempunyai wawasan, kita mempunyai bakat, kita mempunyai kepimpinan yang betul untuk memacu negara dan ekonomi. Kita kini menyaksikan ringgit berada pada RM3.91 berbanding dolar AS dan kita gembira dengannya.

"Datuk Seri pasti gembira mengetahui bahawa pagi tadi kami menjual syarikat pajakan kami bernilai AS$1.18 bilion, dan wang yang dibawa masuk ke dalam negara itu akan merangsang nilai ringgit supaya ia mencerminkan kekuatan dan daya tahan sebenar ekonomi Malaysia," katanya.

Mengulas kisah perjalanan kejayaan syarikat itu, Fernandes berkata, sudah banyak yang dilalui AirAsia, iaitu bermula dengan hanya dua pesawat 16 tahun lalu.

"Bagaimana kami melakukannya? Kakitangan cemerlang, model kos rendah yang hebat, tetapi lebih penting lagi, kerajaan yang hebat, dasar-dasar yang tepat dan pemimpin hebat yang mengutamakan kepentingan rakyat.

"Banyak yang sudah ditulis mengenai Perdana Menteri, tetapi saya mahu berkongsi kisah bagaimana sebenarnya Perdana Menteri sangat berjasa kepada industri penerbangan tambang rendah," katanya.

Fernandes berkata, Najib ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, bersetuju menurunkan Caj Khidmat Penumpang (PSC) di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) daripada RM35 kepada RM25 pada Jun 2007 kerana menyedari peranan tambang rendah untuk menyemarakkan permintaan.

Fernandes berkata, adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa AirAsia tidak akan mencapai tahap sekarang jika tidak kerana kebijaksanaan dan wawasan Najib.

Justeru, katanya, AirAsia mengharapkan pertimbangan Najib mengenai cara terbaik untuk merumus persekitaran kos yang ideal bagi syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, supaya ia tidak hanya berkembang, malah terus bersemarak untuk manfaat negara.

"Perdana Menteri, saya tahu sudah banyak gelaran diberikan kepada anda. Sebenarnya, saya tidak sedar berapa jumlah sebenar - Bapa Transformasi, Bapa Sistem Pengangkutan Awam, Bapa Pembangunan Masyarakat India, ...tetapi ini adalah petunjuk kepemimpinan yang ada tonjolkan.

"Ini kerana rakyat mengiktiraf dan menghargai kekuatan serta ihsan yang anda zahirkan untuk menyelesaikan isu terbesar negara ini, di mana ramai yang lain gagal atau takut untuk dikaitkan dengannya.

"Walaupun insan sebenar tidak dinilai berdasarkan gelaran tetapi menerusi pencapaiannya, saya tak ragu lagi bahawa pelbagai pencapaian anda akan membawa kemakmuran untuk generasi akan datang," katanya.

Justeru, kata Fernandes, AirAsia dengan penuh takzim mahu memberikan Najib satu lagi gelaran iaitu Bapa Pengangkutan Udara Tambang Rendah kerana sentiasa menyokong industri penerbangan Malaysia.

"Kami berbesar hati kerana ada Perdana Menteri yang sentiasa menyokong kami, insan yang mahu membina Malaysia dengan menyediakan peluang untuk semua.

"Setiap kita perlu percaya kepada impian masing-masing, dan bukan Perdana Menteri, bukan saya, bukan juga anda mahu melihat ada mana-mana warga Malaysia yang ketinggalan, ..ini kerana kejayaan Malaysia perlu dikongsi untuk semua," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment