Langkah jual operasi pajakan akan tingkat penilaian saham

Thursday, March 1, 2018

Langkah jual operasi pajakan akan tingkat penilaian saham

Langkah jual operasi pajakan akan tingkat penilaian saham

SEPANG - Langkah AirAsia menjual operasi pajakan pesawatnya akan meningkatkan lagi penilaian saham syarikat penerbangan tambang rendah itu dan tidak akan menjejaskan keupayaannya untuk menanggung kos operasi syarikat, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

“Tujuan di sebalik langkah itu adalah untuk mengagihkan dividen kepada pemegang saham, saham AirAsia di bawah nilai dan dengan menjual aset bukan terasnya, ia sebenarnya meningkatkan harga saham kami dan kami melihat ia berpotensi besar untuk meningkatkan pendapatan AirAsia, dan hari ini ia meningkat 22 sen,” katanya pada majlis pelancaran rasmi ibu pejabat baharu AirAsia - RedQ- di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan jualan tiket AirAsia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasinya.  

“AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan dan kami menjual tiket dan kami akan terus membeli pesawat pada masa depan dan kami akan memiliki lebih banyak pesawat dan kemudiannya memajakkannya,” katanya.

Fernandes berkata kadar faedah dan daya sLangkah AirAsia jual operasi pajakan akan tingkat penilaian sahamaing dalam pasaran pajakan telah berubah sejak beberapa tahun ini,

Sementara itu, menurutnya, syarikat itu juga menjangka mengadakan mesyuarat agung luar biasa dalam masa dua bulan lagi untuk memutuskan mengenai dividen khas bagi pemegang saham.

AirAsia menjual operasi pajakan pesawatnya kepada BBAM Ltd Partnership dengan harga RM4.619 bilion manakala unit operasi pajakan pesawatnya, Asia Aviation Capital Ltd, memiliki nilai perusahaan sebanyak RM11.096 bilion.

“Kami menjual syarikat pajakan kami pagi ini dan wang yang diterima akan meningkatkan ringgit, jadi ia akan mencerminkan dengan lebih baik lagi kekuatan sebenar dan daya tahan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata sejak ditubuhkan, AirAsia telah menyumbang sebanyak RM837 bilion kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia berdasarkan kepada 12 kali kesan pengganda.  

“Sumbangan daripada segmen itu adalah penting, menyumbang seperlima daripada hasil, selain daripada pendapatan sampingan lain, iaitu, makanan dalam penerbangan, perkhidmatan daftar masuk lapangan terbang dan perniagaan logistik.

“Kami masih mempunyai perniagaan lain, termasuk perniagaan digital kami serta Santan, yang mana Santan menerima minat di seluruh Asia dan beberapa pihak telah menghubungi kami untuk aktiviti francais sebagai restoran makanan segera Asia,” katanya.

Mengenai sama ada AirAsia akan menimbang Boeing bagi pembelian pada masa depan, Fernandes berkata beliau tidak menimbangkannya buat masa ini dan akan kekal sebagai pelanggan Airbus meskipun rancangan syarikat itu untuk terus menambahkan lagi jumlah pesawatnya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment