MKI bantu remaja bermasalah

Thursday, March 1, 2018

MKI bantu remaja bermasalah

MKI bantu remaja bermasalah

JENAGUR - Madrasah Khairul Insan(MKI) Jenagur yang sebelum ini menjadi destinasi individu terlibat dadah memulihkan diri serta tekad untuk berubah, kini turut menjadi lokasi pilihan bagi golongan remaja-remaja liar.

Perkara itu diakui Pengasasnya Zulkifle Ismail,60, yang merasakan ia satu perkembangan positif kerana memperlihatkan kepercayaan serta penerimaan masyarakat terhadap corak kehidupan di perkampungan MKI.

"Perkampungan MKI telah wujud sejak 23 tahun lalu, kehidupan kami di sini tanpa bekalan elektrik ataupun air dan sengaja dikekalkan sehingga kini. Jumlah komuniti sekarang sekitar 200 orang.

"Kalau dulu, orang yang datang ke sini adalah mereka yang ingin berubah ke arah lebih baik setelah tergelincir dari landasan setelah terjebak dadah. Namun kini, bukan hanya penagih tetapi juga remaja liar serta gelandangan.

"Kumpulan remaja liar ini terdiri daripada mereka yang sudah tidak bersekolah, hadapi masalah keluarga serta masih bersekolah.  Walaupun tidak pernah buat tawaran, namun mereka datang ke sini dan pilih berada di sini.

"Bagi pihak MKI, kita menerima sesiapa sahaja datang ke sini. Kita akan tolong setakat terdaya yang boleh bantu, masyarakat di luar sana percaya di MKI ini dapat bantu ubah kumpulan remaja liar ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tambah Zulkifle, remaja terlibat bukan sahaja menjalani kehidupan seharian komuniti di perkampungan MKI ini tetapi juga diberi tunjuk ajar tentang kemahiran atau kepakaran tertentu seperti pertukangan, pertanian dan perniagaan.

"Fokus kami bagi remaja liar yang tidak bersekolah ini adalah ingin memastikan mereka punyai kemahiran bagi digunapakai apabila mereka melangkah masuk alam perkerjaan nanti. Sekurang-kurangnya mereka dapat teruskan kehidupan di masa hadapan.

"Setiap daripada mereka punyai tugas dan jadual masing-masing untuk dilakukan seharian. Solat berjemaah perkara wajib, pada sebelah malam pula penuh aktiviti terap nilai budaya termasuklah Qiyamullail," ujarnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment