Kenyataan Mahathir bersifat popular
JOHOR BAHRU - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berlaku tidak adil mengenai soal pendaftaran Pakatan Harapan (Harapan) hanya bersifat popular semata-mata.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, malah kenyataan Pengerusi Harapan itu juga tidak ada kebenarannya.
âMaknanya dia merupakan âbapa kepada fake newsâ. Dialah yang buat banyak âfake newsâ yang menyatakan kerajaan salah, RoS bersikap bias dan sebagainya. âUntuk saya, dia sendiri lupa apa yang dibuat 30 tahun dulu sewaktu Umno telah dinyahdaftarkan,â katanya kepada pemberita pada sidang media Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Taman Cempaka, di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata, mengimbau kembali krisis di mana Umno diharamkan pada 1988, beliau memberitahu Mahathir merupakan perdana menteri pada ketika. âSaya nak ingatkan Dr Mahathir, siapa yang menjadi Menteri Dalam Negeri pada ketika itu? Siapa jadi menteri yang mengarahkan RoS untuk bertindak lebih memihak kepada Umno pada ketika itu?
âPada ketika itu, Umno telah dinyahdaftarkan dan telah ditubuhkan semula. Dia Perdana Menteri, dia juga Menteri Dalam Negeri, dia bertanggungjawab kepada RoS,â katanya.
Beliau berkata, pada ketika itu, begitu mudahnya Umno telah didaftarkan semula selepas parti tersebut diharamkan akibat aduan ahli akar umbi.
Terdahulu, Mahathir dilaporkan mendakwa RoS sebagai berat sebelah dalam soal pendaftaran Harapan.
Ini kerana katanya, RoS menjalankan tugas mereka dengan begitu cepat mengenai soal kelulusan permohonan parti Umno bagi tujuan perlanjutan mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi bagi 2017.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment