Kajian INVOKE syok sendiri: PAS Pahang

Saturday, March 10, 2018

Kajian INVOKE syok sendiri: PAS Pahang

Kajian INVOKE syok sendiri: PAS Pahang

KUANTAN: PAS Pahang menyifatkan Kajian Pusat Tinjauan Invoke Malaysia (INVOKE), yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai 'syok sendiri' kerana tidak berpijak di bumi nyata.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu lebih realistik dalam membuat sebarang kajian dan tidak boleh 'syok sendiri' apabila mengeluarkan data yang diperoleh.

"Saya tidak membantah kajian mereka, itu mereka punya kajian tetapi biarlah realistik bukan saja-saja," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan kajian INVOKE Malaysia yang diumumkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa PH akan menguasai 89 kerusi Parlimen manakala Barisan Nasional (BN) akan memenangi 76 kerusi di Semenanjung.

Kajian itu juga mendakwa PAS akan tewas di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi mereka.

Andansura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, menyifatkan kajian itu tidak mempunyai asas kukuh malah tiada sebarang fakta untuk disandarkan sebelum dikeluarkan.

Katanya, kajian itu dibuat lebih bersifat perang psikologi menjelang Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) tidak lama lagi.

Beliau turut mengingatkan Naib Presiden PKR itu supaya meneliti kekuatan PAS di peringkat pusat dan negeri kerana parti itu yakin untuk memenangi kerusi pilihan raya yang bakal ditandingi mereka.

"PAS juga ada kajian tersendiri, kita tahu kekuatan kita. Setiap kawasan yang akan ditandingi PAS mempunyai jentera dan sokongan mantap, berdasarkan fakta itu kita yakin menang di kerusi yang ditandingi," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment