Izreen Azminda, Ude Wahid Padam Akaun Instagram
Kerana tidak tahan dikecam bertalu-talu sejak berita penceraian suami dan isteri pertama Intan Liana, Izreen Azminda mengambil keputusan untuk memadam akaun Instagramnya. Keputusan itu turut sama diikuti oleh suaminya, Ude Wahid.
BACA: âSaya Bukan Wanita Terbaik Untuk Udeâ
Bagaimanapun peminat yang masih tidak berpuas hati menyerang pula Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta beliau. Kemarahan netizen membuak sehingga mengugut akan memboikot segala produk dan drama yang menggunakan Izreen sehingga pihak Zatee terpaksa menutup ruangan komen.
Tetapi yang menariknya, hasil pencarian mendapati pengikut akaun Instagram Intan bertambah, dari 29,000 kepada 64,900 sejak kes penceraian berlaku. Mungkin ini tanda sokongan peminat buat wanita ini untuk terus kuat.
Sebagai recap, Izreen sebelum ini pernah mengakui sedang mengenali seorang jejaka (Ude) sejak 2016, namun menafikan beliau suami orang. Pada 30 November lalu pula, Intan mendedahkan suaminya sudah mengahwini Izreen tiga bulan sebelum beliau mengetahuinya.
BACA: âSaya Dah Bernikah Dengan Izreen Azmindaâ
Dan pada hari yang sama Ude telag menfailkan penceraian terhadap Intan namun dirahsiakan kepada umum. Izreen dalam program Melodi bertarikh 3 Disember 2017, meminta Intan berbaik dan menjaga suami bersama.
Manakala Ude dalam masa sama meminta diberikan ruang untuk beliau menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Kalau diikutkan timeframe yang berlaku, Izreen seolah sudah mengetahui Ude mahu menceraikan Intan ketika menjadi tetamu di Melodi dan memberikan kenyataannya itu.
Teringat pula kenyataan Intan yang mendakwa beliau dan suami sudah tidak tingaal sebumbung dengan suami sejak November tahun lalu. Maknanya, Ude tidak pulang ke rumah mereka sejak beliau berkahwin dengan Izreen. Apapun hanya mereka yang tahu kebenarannya. (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment