City semakin hampir hidu kejuaraan

Thursday, March 1, 2018

City semakin hampir hidu kejuaraan

City semakin hampir hidu kejuaraan

KEMENANGAN bergaya 3-0 ke atas Arsenal di Emirates merupakan cara paling sempurna meraikan perlawanan ke-100 Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola.

Guardiola mengakui kejayaan ini cukup manis buatnya setelah melalui 100 perlawanan di Etihad, namun pada masa sama menegaskan The Citizens tidak boleh terlalu lena dibuai kemenangan.

"Kemenangan ini sangat bagus. Tetapi penting untuk kami menang lagi kerana ia akan membuatkan kami semakin hampir dengan kejuaraan liga.

"Saya akui memenangi dua perlawanan berturut-turut ke atas Arsenal bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami. Tetapi kami berjaya melakukannya dalam situasi sukar.

"Secara mentalnya kami sangat kuat dan saya yakin hasil menakjubkan ini membawa kami semakin hampir dengan apa yang kami mahukan," katanya.

Untuk rekod, selepas 100 perlawanan sebagai pengurus City, Guardiola telah mencatat 69 kemenangan, 13 kekalahan dan selebihnya berakhir seri.

Sepanjang dikendalikan pengurus berbangsa Catalan itu juga, The Citizens telah menjaringkan keseluruhan 236 gol dan hanya 92 bolos.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment