Bukti janji ditepati

Sunday, March 25, 2018

Bukti janji ditepati

Bukti janji ditepati

BATU PAHAT - Kerajaan negeri mengeluarkan Kad Laporan Pencapaian Kerajaan Johor 2013-2018 bertemakan Membangun Dekad Baharu Johor, memaparkan prestasi cemerlang kerajaan BN Johor sepanjang hampir lima tahun mentadbir.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat negeri ini boleh mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai kemajuan semasa negeri Johor melalui laporan tersebut.

Katanya, laporan juga memperlihatkan kemampuan kerajaan negeri mengotakan janji berdasarkan manifesto PRU13 peringkat negeri dan semua inisiatif diumumkan sejak Mei 2013.

“Semua kejayaan ini adalah hasil permuafakatan dan usaha gigih semua pihak di Johor tanpa mengira latar belakang,” katanya pada Program Jalinan Rakyat Wanita Umno Johor di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain.

Mohamed Khaled berkata, turut diketengahkan dalam laporan berkenaan ialah kedudukan ekonomi Johor berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melepasi paras RM100 bilion pada 2016.

“Johor terus menjadi pilihan utama pelabur dengan menerima pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tertinggi di Malaysia sejak 2013, dengan jumlah RM114.9 bilion.

“Ini dibuktikan apabila 732,325 pekerjaan telah diwujudkan di Iskandar Malaysia, sementara 45,764 pekerjaan baharu muncul di bawah pembangunan Pusat Petroleum Bersepadu Pengerang,” katanya.

Sementara itu katanya, lebih 18,000 unit rumah mampu milik telah berjaya disiapkan sejak 2013 dan penyumbang utamanya adalah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) iaitu sebanyak 16,010 unit.

“Dari sudut kesejahteraan penduduk luar bandar pula, sepanjang 1,546.36 kilometer rangkaian jalan kampung telah dinaik taraf, sama ada dibina baharu atau dilebarkan iaitu 155 peratus pencapaian berbanding aku janji 1,000 kilometer,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Johor juga kini lebih selamat apabila indeks jenayah mencatatkan penurunan 46 peratus berbanding jumlah kes dicatatkan pada 2011.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment