Beratur lebih sejam menang TV

Friday, March 2, 2018

Beratur lebih sejam menang TV

Beratur lebih sejam menang TV

KUALA TERENGGANU - Penantian lebih sejam di kaunter pendaftaran ketika mengunjungi Ekspo Terengganu 2018 amat berbaloi buat sepasang suami isteri apabila diumumkan sebagai pengunjung ke 400,000 malam tadi.

Siti Rokiah Abdullah, 50, yang ditemani suaminya, Ariffin Embong, 52, tidak menyangka kesabaran mereka meredah kesesakan menjadi malam yang bertuah saat dia diumumkan sebagai pengunjung bertuah.

“Suami akak sebenar ajak datang ke sini naik motosikal , tapi akak bimbang dengan keadaan jalan raya yang pastinya sibuk dan kami ambil keputusan naik kereta.

“Tak sangka pula dapat hadiah televisyen, kalau naik motosikal tadi pastinya susah nak bawak balik ,” katanya ketika ditemui pada sidang, sebentar tadi.

Siti Rokiah yang berasal dari Kampung Bukit Parit, Marang memenangi televisyen LED 45 inci disampaikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekspo Terengganu 2018, Datuk Tengku Putra Tengku Awang.

Sementara itu, Tengku Putra berkata, ekspo yang berlangsung sejak Ahad lalu di Kompleks Sukan Gong Badak telah mencapai sasaran setelah menyasarkan 400,000 pengunjung sepanjang tujuh hari ekspo berlangsung.

“Dalam tempoh enam hari berlangsung, kita sudah mencapai sasaran sebanyak 400,000 pengunjung dan jumlah itu dijangkan bertambah kerana masih lagi berbaki sehari sehingga esok.

“Ini bermakna target kita (bagi pengunjung yang hadir) telah melebihi sasaran pada malam ini memandangkan kita lanjutkan ekspo pada hari ini sehingga jam 12 tengah malam bagi menggantikan waktu rehat bagi solat Jumaat,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Ekspo Terengganu 2018 mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa pengunjung ke 400,000 bakal mendapat hadiah istimewa dan tempoh kunjungan ke ekspo pada hari Jumaat dilanjutkan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment