Utamakan soal akidah berbanding isu khalwat

Friday, March 2, 2018

Utamakan soal akidah berbanding isu khalwat

Utamakan soal akidah berbanding isu khalwat

SUBANG: Kerajaan Selangor digesa bertindak tegas bagi menangani penularan fahaman liberalisme dan pluralisme dalam kalangan penduduk negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail, berkata kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu perlu memperkenalkan langkah atau agenda besar bagi menangani fahaman itu yang menjadi ancaman kepada akidah Islam.

"Fahaman ini jelas diwartakan sebagai sesat dan menyimpang daripada pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

"Jika benar Kerajaan Negeri yang disertai PAS itu mempunyai iltizam dalam usaha memperkukuhkan syariat Islam di Selangor ini, pentadbiran Negeri perlu membanteras sebarang usaha untuk membawa fahaman Islam liberal dan pluralisme di negeri ini.

"Adakah Kerajaan Negeri bimbang untuk bertindak dan mencegah fahaman terbabit semata-mata kerana kepentingan politik mereka," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Zein Isma berkata, memelihara kesucian dan kemurnian akidah umat Islam sepatutnya dijadikan keutamaan Kerajaan Negeri, dalam memastikan fahaman dan ajaran yang menyimpang daripada akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dapat dibendung.

"Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kassim menyempurnakan majlis Pelancaran Pelan Tindakan Menangani Gejala Khalwat Negeri Selangor untuk 2018-2023.

"UMNO Selangor dan rakyat di negeri ini, menyokong agenda yang dilancarkan JAIS dalam usaha menangani isu berkaitan amal makruf nahi mungkar itu.

"Namun, pelan Menangani Gejala Khalwat itu bukanlah isu terpenting yang perlu diberi keutamaan kerana itu masalah ranting sedangkan masalah pokok adalah isu ancaman terhadap akidah umat Islam," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya perlu memberi perhatian kepada isu akidah kerana itu pokok dan asas pegangan bagi seseorang Islam.

"Soal akidah ini perlu menjadi keutamaan kerana akidah umat Islam perlulah berlandaskan kepada jalan Islam yang sebenar mengikut al-Quran dan Sunnah," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment