2 gadis maut, motosikal bertembung kereta

Friday, March 2, 2018

2 gadis maut, motosikal bertembung kereta

2 gadis maut, motosikal bertembung kereta

BAGAN SERAI: Dua gadis maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung sebuah kereta di Batu 10 Jalan Kerian, Semanggol, di sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian jam 6.10 petang, penunggang Nur Aimi Zahirah Ghazali, 19, bersama pembonceng, Nurul Izzati Abdul Wahab, 19, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata mangsa dalam perjalanan dari Semanggol ke arah Kamunting, Taiping.

"Siasatan mendapati motosikal yang dinaiki mangsa dan rakannya masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda yang dipandu seorang wanita berusia 49 tahun.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987", katanya ketika dihubungi, malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Pegawai Bomba Anuar Rashid, berkata seorang mangsa tercampak ke cerun sedalam 1.5 meter akibat kemalangan itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment