Batu leklai cecah harga ribuan ringgit
PAHANG - Jika dilihat dari jauh, ia seakan batu biasa yang tiada nilai. Namun siapa sangka, batu yang dinamakan leklai pelangi atau batu leleh ini mampu mencecah harga ribuan ringgit di luar negara dan menjadi buruan peminat fanatik.
Batu yang dikatakan mempunyai âongâ dalam kalangan masyarakat Cina itu bagaimanapun amat mudah ditemui di sekitar kawasan Tasik Chini, di sini dan dijual dengan harga hanya antara RM3 dan RM5 setiap kilogram.
Menurut seorang penjual batu leklai, Roni Lok, 20, dia mengambil batu tersebut di sebuah lombong bijih besi terbiar di sekitar Tasik Chini dan dijual di Kedai Kraftangan Orang Asli Kampung Wah Wah, di sini.
âSetiap pagi saya akan datang ke bekas lombong ini dari rumah di Kampung Wah Wah ke Tasik Chini, kira-kira 20 kilometer untuk mengambil batu leklai ini.
âDi sana saya perlu pecahkan batu-batu kesan daripada aktiviti lombong untuk mendapatkan batu leklai pelangi yang cantik sebelum membawa ke kedai untuk dijual,â katanya.
Roni yang menjual batu leklai sejak berusia 15 tahun berkata, dia akan dijual dengan harga RM3 hingga RM5 sekilogram mengikut kecantikan dan warga pelangi yang ada pada batu.
âKebanyakan pelanggan adalah daripada masyarakat Cina kerana menurut mereka batu leklai pelangi ini boleh memberi âongâ jika menyimpannya di rumah untuk dijadikan perhiasan.
âAda juga orang Cina kata mereka gunakan batu leklai ini untuk keagamaan. Malah, ada pelanggan yang datang membeli batu leklai sehingga 20 kilogram batu. Mereka kata di sini ia dijual dengan harga yang murah,â katanya ketika ditemui di kedai kraf tangannya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Rosli Bahari, 24, berkata, dengan menjual batu leklai ini, dia mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 setiap bulan.
âTengok juga, kadang-kadang jika hari cuti ramai pelanggan yang datang. Kalau tidak biasa sahaja, ada yang beli dengan kuantiti yang banyak. Mungkin untuk dibuat perhiasan,â katanya.
Rosli yang sudah menjual batu ini sejak lapan tahun lalu berkata, ada pelanggan yang datang mendakwa batu leklai pelangi mampu membuatkan seseorang menjadi kebal dan sebagai penawar bisa.
âMalah, ada yang membelinya untuk dibuat batu cincin berikutan keadaan batu yang cantik dan berwarna-warni dan ia adalah warna semula jadi batu berkenaan.
âAda juga pelanggan kata, batu leklai ini jika di Thailand mampu mencecah ribuan ringgit. Tapi di sini kita hanya jual dengan harga yang murah,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment