AIREEN guna teknologi pintar
KECERDASAN Buatan (AI), ringkasnya mengeluarkan banyak kemajuan. Dari penyelidikan perubatan sehingga penerokaan angkasa malahan kepada kereta panduan. AI adalah kecerdasan buatan pintar tetapi mempunyai sifat robot yang mampu belajar dan berkembang dengan sendirinya. AI akan menjadi sebuah elemen penting untuk masa depan.
Sejak kebelakangan ini, banyak syarikat mula mengkaji dan ada yang mula menceburi teknologi AI untuk memajukan lagi proses yang sedia ada.
Sebuah syarikat start up teknologi maklumat, Machine Learning Technology (MLT) menghasilkan platform (AI) yang dikenali AIREEN (Artificial Intelligence Real Estate Evolution Network), khusus untuk industri hartanah dan dikatakan dapat memberi nafas baharu kepada industri ini yang masih tertumpu pada portal hartanah dalam laman web ataupun aplikasi biasa.
Pengurus Pembangunan Produk, Deanna Abdullah berkata, syarikat memperkenalkan platform AIREEN dengan memfokuskan aplikasi jual, beli, sewa dan pelaburan rumah dan hartanah.
"Program AIREEN akan diperkenalkan menggunakan kaedah chatbots untuk membantu penduduk di Malaysia mendapatkan maklumat mengenai hartanah yang dijangka lebih mudah, efektif, cepat dan tepat. AIREEN juga mempunyai potensi dalam memberi kebaikan dan keuntungan kepada syarikat pembinaan tempatan," katanya.
Deanna berkata, AIREEN mampu membentuk satu platform hartanah serba maju di Malaysia dan berhasrat untuk mengembangkan sayap ke seluruh Asia, dengan menyalurkan sistem yang lebih efisien dan lebih mesra serta respons pantas kepada kedua pembeli dan penjual.
"AIREEN kini sedang diuji secara beta, dan telah mengimplementasikan beberapa fitur unik seperti carian hartanah, menganalisa pelaburan serta dapat memberi cadangan yang pintar. Langkah seterusnya adalah AIREEN akan mampu memberi tindak balas melalui pengesahan suara berbanding daripada kaedah mesej.
âKami mempunyai beberapa pelanggan prospek yang berkeinginan untuk mengimplementasikan AIREEN ke dalam perniagaan mereka," katanya.
Sasar 50,000 pengguna
Walaupun baru bermula, namun sasaran yang ditetapkan dijangka boleh dicapai.
"AIREEN adalah aplikasi chatbot unik kerana teknologi AI yang digunakan dapat menganalisa maklumat dengan pantas terutamanya dalam pencarian hartanah di seluruh negara.
âAIREEN akan dilancarkan Jun tahun ini dan syarikat optimis penggunaan aplikasi chatbots akan mencapai sebanyak 50,000 pengguna. Malahan, ia akan disertai 100 agen dan syarikat hartanah yang menyediakan kediaman teres, semi-d, banglo, pangsapuri dan kondominium serta premis perniagaan.
âSyarikat juga mengunjurkan 3,000 transaksi akan dilakukan yang mampu menjana pendapatan RM20 juta menjelang akhir tahun ini. Pengalaman syarikat membangunkan aplikasi di luar negara pada tahun lalu memberikan keyakinan kepada kami untuk memperkenalkan aplikasi itu dalam pasaran tempatan,â katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Deanna berkeyakinan AIREEN juga adalah platform baharu yang akan membantu penduduk di Malaysia terutamanya golongan muda untuk mendapatkan maklumat mengenai hartanah seperti harga rumah di pasaran, keluasan, lokasi dan infrastruktur sedia ada.
âGaya hidup masyarakat kini terutamanya golongan muda yang banyak mencari maklumat melalui hujung jari merupakan antara faktor utama aplikasi itu dibangunkan,â katanya.
Bangunkan beberapa aplikasi
Syarikat Machine Learning Technology (MLT) juga dimandatkan untuk menghasilkan beberapa lagi aplikasi dibelakangi teknologi AI.
Deanna berkata, salah satu aplikasi AI adalah untuk menghasilkan pembayaran automatik pintar untuk perniagaan Cut N Click.
"Cut N Click merupakan satu konsep baru dalam industri dandanan rambut. Cut N click membuka banyak peluang terutama kepada Bumiputera untuk melibatkan diri dalam industri ini sama ada sebagai pekerja ataupun usahawan," katanya.
Beliau berkata, selain daripada menawarkan perkhidmatan dandanan rambut, Cut N click berfungsi sebagai satu akademi untuk melatih ramai pekerja dan menawarkan banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan.
"Cut N Click menyasar untuk membuka 50 cawangan dalam masa terdekat," katanya.
Deanna berkata, syarikat juga merancang untuk memperkenalkan banyak produk dan perkhidmatan chatbots kerana teknologi AI adalah seiring dengan keperluan industri yang mencorak masa depan ekonomi negara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment