CEO bantu siasatan kes rasuah RM3j

Friday, March 2, 2018

CEO bantu siasatan kes rasuah RM3j

CEO bantu siasatan kes rasuah RM3j

GEORGETOWN- Ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat milik kerajaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa melibatkan wang bernilai RM3 juta.

Beliau ditahan selepas menyerah diri di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, kira-kira jam 1.25 petang semalam.

Difahamkan, SPRM telah mengesannya bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3 juta yang melibatkan syarikat milik kerajaan tersebut dengan sebuah firma perunding kejuruteraan.

Dipercayai, beliau mempunyai konspirasi dengan pengarah syarikat perunding tersebut untuk melantik firma itu sebagai perunding untuk projek kerajaan antara 2005 hingga 2016.

Beliau juga difahamkan mempunyai kedudukan jawatan dalam firma perunding kejuruteraan tersebut.

Kelmarin, pengarah sebuah syarikat perunding kejuruteraan ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM3 juta membabitkan sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan selepas dia hadir ke Ibupejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Dia didakwa bersekongkol dengan seorang individu dari sebuah syarikat hartanah milik kerajaan itu agar mencadangkan syarikatnya dilantik sebagai perunding bagi beberapa projek bernilai RM3 juta.

Difahamkan, penahanan itu ada hubung kait dengan laporan yang dibuat Penasihat Strategik Ketua Menteri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung kedudukan individu penting di syarikat tersebut dalam sebuah syarikat perunding kejuruteraan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu boleh diibaratkan sebagai memberi projek kepada diri sendiri yang mana, kedua-dua jawatan penting dalam syarikat tersebut dipegang orang yang sama.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment