Timbalan Pengetua MRSM lepas dengan jaminan

Thursday, February 1, 2018

Timbalan Pengetua MRSM lepas dengan jaminan

Timbalan Pengetua MRSM lepas dengan jaminan

SHAH ALAM: Timbalan Pengetua sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Selangor, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, selain beliau, turut dilepaskan dengan jaminan SPRM adalah anak lelakinya dan seorang pemilik kedai.

"Timbalan Pengarah terbabit dijamin mulut sebanyak RM10,000 oleh seorang penjamin.

"Sementara itu, dua yang lain dilepaskan dengan wang tunai RM10,000 masing-masing dengan seorang penjamin," katanya.

Jumaat lalu, BH melaporkan ketiga-tiga individu terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam pembekalan keperluan pelajar.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Shah Alam, P Sarulatha, selepas membenarkan permohonan SPRM.

Wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan memberikan kerja pembekalan barang keperluan pelajar yang berjumlah kira-kira RM79,000 secara rundingan terus.

Suspek dikesan melakukan perbuatan itu tanpa mengikut prosedur, di antara tahun 2016 dan 2017.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment