Permohonan maaf secara terbuka pelakon, pengacara dan usahawan bertaraf jutawan itu dibuatnya dalam laman sosial, Instagram peribadinya hari ini.
Dengan rendah diri, Neelofa, 29, meminta maaf serta mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Jelasnya, dia menghormati setiap ingatan, teguran dan maklum balas semua pihak terhadap kontroversi yang mencetus perdebatan dalam kalangan peminat di laman sosial.
“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk.
“Melangkah terus, kami akan meneruskan penjenamaan tudung dalam landasan yang sewajarnya,” katanya.
Neelofa menerima kecaman hebat apabila mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-29 dan pelancaran koleksi tudung Naelofar Hijab di sebuah kelab malam popular di ibu kota Isnin lalu.
Berikutan itu, banyak pihak termasuk golongan agama, artis serta netizen mengecam tindakannya yang disifatkan keterlaluan.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment