Harga minyak naik minggu ini

Wednesday, February 28, 2018

Harga minyak naik minggu ini

Harga minyak naik minggu ini

SHAH ALAM - Harga runcit minyak bagi minggu ini masing-masing mencatatkan peningkatan.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Facebook rasminya memaklumkan bahawa harga minyak RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 3 sen, 4 sen dan 5 sen.

Harga baharu ini akan bermula 12.01 tengah malam ini hingga 7 Mac ini.

Untuk itu harga runcit bagi, RON95 akan dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 dijual dengan harga RM2.47 seliter dan diesel pula RM2.18.

Pada minggu sebelumnya, harga  RON95 dan RON97 masing-masing turun 6 dan 7 sen manakala diesel pula berkurangan 6 sen.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment