Wardina Harap Neelofa Tarik Balik Kenyataan
Pelancaran tudung Neelofa di kelab malam baru-baru ini juga mendapat perhatian bekas pelakon, Wardina Safiyyah. Menerusi Instagram, Wardina menegaskan kepentingan persekitaran dan memberi contoh dari sudut berbeza andai majlis tersebut dibuat di masjid, mungkin kontroversi ini tidak terjadi.
BACA: Neelofa Jawab Teguran Mufti WP
Dalam perkongsian itu, Wardina berpendapat peranan persekitaran boleh mengubah tingkah laku seseorang. Jelasnya, melancarkan sesuatu yang dirasakan mulia seperti (hijab) di tempat maksiat seperti kelam malam adalah sesuatu tidak masuk akal sebagai orang Islam.
Malah Wardina juga meminta usahawan berjaya itu menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak kisah dengan teguran orang ramai. Nasihat Wardina lagi, sebagai umat Islam, Neelofa harus bersifat merendah diri dan menerima teguran orang lain agar dapat menjadi seseorang yang lebih baik.
Teguran Wardina di lama sosial itu telah mendapat perhatian peminat yang rata-rata bersetuju dan menyokong sikap Neelofa yang dikatakan ‘mendongak ke langit’ walaupun selepas ditegur beberapa orang agamawan Malaysia. (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment