Tiga lelaki bersejata ditembak mati

Tuesday, February 27, 2018

Tiga lelaki bersejata ditembak mati

Tiga lelaki bersejata ditembak mati

TAWAU -  Polis menembak mati tiga lelaki bersenjata di kawasan ladang sawit di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau berhampiran bulatan Kalabakan dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, dalam kejadian jam 3.20 petang itu, sepasukan polis berbalas tembakan dengan suspek yang dipercayai menggunakan senjata rifel dan revolver.

"Kejadian itu berlaku selepas sepasukan polis mengekori sebuah kereta kancil berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan dan apabila suspek menyedari diekori polis kereta suspek memecut ke arah Batu 3 Kalabakan-Keningau dan membelok masuk ke sebuah ladang sawit sebelum berhenti.

"Semasa pasukan polis cuba mendekati kenderaan suspek, kelihatan suspek mengacukan senjata api dan telah melepaskan tembakan ke arah polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, salah seorang suspek melepaskan tembakan menggunakan senjata panjang ke arah polis sambil keluar dari kereta menuju ke kawasan kelapa sawit.

Menurutnya, polis belum mengenalpasti identiti suspek namun dua daripada suspek berusia 40-an.

"Selain senjata api dan kereta kancil, turut dirampas pedang samurai dan topeng," katanya.

Beliau berkata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai TImur Sabah (Esscom) Datuk  DCP Hazani Ghazali akan mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu, pada esok pagi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment