Padah langgar syarat pengawasan AADK

Wednesday, February 28, 2018

Padah langgar syarat pengawasan AADK

Padah langgar syarat pengawasan AADK

SETIU - Padah melanggar syarat pengawasan, lima Orang Kena Pengawasan (OKP) berusia antara 23 hingga 39 tahun ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Setiu.

Pegawai AADK Setiu, Che Omar Ab Rahman berkata, kelima-lima lelaki terbabit ditahan menerusi Ops Waran pada Sabtu lalu di sekitar daerah ini yang disertai 18 anggota AADK Setiu dan negeri.

Menurutnya, penahanan kesemua OKP terbabit dilakukan mengikut Seksyen 6(2)(c) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana melanggar syarat pengawasan.

“OKP dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara antara lapan hingga 20 bulan di Penjara Marang dan tiga daripadanya turut dikenakan masing-masing satu sebatan.

“Kita harap hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada OKP lain yang masih berdegil dan enggan patuh syarat pengawasan.

Che Omar berkata, semua OKP perlu mematuhi syarat ditetapkan mengikut perintah mahkamah.

AADK Setiu akan mempergiat usaha menjejak serta mengesan OKP yang gagal mematuhi syarat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment