Lebih 20 maut di timur Syria

Tuesday, February 27, 2018

Lebih 20 maut di timur Syria

Lebih 20 maut di timur Syria

DAMSYIK - SYRIA. Serangan udara tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) membunuh sekurang-kurangnya 24 orang di timur Syria.

Lapor agensi berita Sanaa semalam, serangan itu disasarkan di sebuah kem pelarian di kawasan timur wilayah Dharet al-Allouni.

Serangan turut mencederakan puluhan yang lain serta memusnahkan beberapa bangunan berhampiran.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Damsyik mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC), untuk bertindak terhadap tentera pakatan yang kononnya berperang dengan pengganas Daesh, sebaliknya secara terang-terangan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Syria. - Press TV

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment