Serah pada polis siasat

Tuesday, February 27, 2018

Serah pada polis siasat

Serah pada polis siasat

BALING - Keluarga kepada Allahyarham Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24, yang ditemui tidak bernyawa dalam hutan berhampiran Kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Bukit Bintang Gerik, Perak, enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden itu.

Abang mangsa, Mohd Hafis Ramdan Mat Zabidi, 28, berkata, mereka tidak mahu mengeruhkan dan menjejaskan hubungan dengan tiga lagi keluarga rakan Allahyarham.

“Biarlah polis siasat perkara itu dan mahkamah yang tentukan segala keputusan.

“Apa yang penting sekarang, Haniff selamat dikebumikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Charok Kapas di sini.

Laporan Sinar Harian, Sabtu lalu.

Menurutnya, dia dan keluarga bersedia selesaikan perkara itu secara baik dengan tiga keluarga terbabit.

“Kami terima jika mereka datang berjumpa untuk berbincang. Lagipun adik saya dan tiga rakannya berkawan baik sejak kecil.

“Tiga keluarga itu juga ada hubungan kekeluargaan dengan keluarga ini. Seandainya rakan-rakan Haniff terbukti bersalah, kami bersedia bantu kurangkan hukuman,” katanya.

Ibu mangsa, Hanisah Aziz, 48, pula berkata, sebagai ibu dia tidak sesekali menyimpan dendam.

Katanya, semua anak-anak termasuk dirinya dapat menerima perkara yang telah menimpa Allahyarham Mohamad Haniff.

“Semuanya dapat terima pemergian Haniff, ini adalah ketentuan-NYA,” katanya.

Pada 24 Februari lalu, mayat Mohamad Haniff ditemui dalam hutan berhampiran RNR Bukit Bintang Perak.

Mangsa bersama tiga rakannya menaiki motosikal berasingan ke sebuah lokasi untuk mendenak burung pada 18 Februari lalu.

Namun, tiga rakannya itu mendakwa mereka singgah ke sebuah stesen minyak, manakala mangsa meneruskan perjalanan.

Terdahulu, polis Perak menahan tiga individu itu untuk bantu siasatan dan dilaporkan menemui selaras senapang patah buatan sendiri dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment