Pembukaan cawangan UOB Malaysia di Bangsar

Tuesday, February 27, 2018

Pembukaan cawangan UOB Malaysia di Bangsar

Pembukaan cawangan UOB Malaysia di Bangsar

UNITED Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) hari ini mengumumkan pembukaan rasmi cawangan berkonsep pengurusan kekayaan di Bangsar, salah satu kawasan kediaman pinggir bandar paling mewah di Kuala Lumpur.

Ini adalah cawangan pertama UOB Malaysia yang disusun khas bagi memenuhi keperluan pengurusan kekayaan para pelanggannya.

Khidmat nasihat yang lengkap serta penyelesaian pengurusan kekayaan Bank ditawarkan di cawangan Bangsar di mana penasihat kekayaan yang bertauliah akan menasihatkan pelanggan mengenai cara melakukan pelaburan dan mengembangkan kekayaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong berkata, apabila jumlah penduduk mewah di Malaysia semakin meningkat, bank-bank mesti bersedia memenuhi keperluan segmen mewah ini melalui perkhidmatan dan penyelesaian yang khusus.

“Begitu juga kerumitan dalam menguruskan aset dan memenuhi objektif kewangan mereka. Inilah sebabnya kami telah menyusun semula cawangan ini khusus bagi memenuhi keperluan asas pelanggan mewah kami.

“Di cawangan bank di Bangsar, pasukan penasihat kewangan kami yang berkelayakan dan amat berpengalaman akan memberi tumpuan dalam membantu pelanggan mewah meningkatkan kekayaan, melindungi pelaburan daripada risiko dan mengekalkan kekayaan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

“UOB Malaysia mengamalkan pendekatan berasaskan risiko dalam penyediaan nasihat kewangan dan penyelesaian pelaburan. Melalui pendekatan khidmat nasihat ‘risiko dahulu’ ini, pasukan penasihat pelanggan Bank sentiasa menilai dan menyemak portfolio pelaburan pelanggan bagi membantu pelanggan menangani risiko dan melakukan keputusan pelaburan yang termaklum di samping mencapai matlamat kewangan mereka,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment