ETS tambahan Sungai Buloh - Ipoh ditamatkan

Tuesday, February 27, 2018

ETS tambahan Sungai Buloh - Ipoh ditamatkan

ETS tambahan Sungai Buloh - Ipoh ditamatkan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan yang beroperasi pada setiap hujung minggu bagi laluan Sungai Buloh - Ipoh - Sungai Buloh ditarik semula daripada jadual operasi, bermula esok.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan, berkata pembatalan perkhidmatan tambahan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja projek naik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) di mana hanya satu platform sahaja boleh digunakan di Stesen Sungai Buloh.

KTMB berkata langkah itu dapat meminimumkan gangguan operasi tren dalam memastikan kelancaran perjalanan penumpang ke destinasi yang dituju.

"Orang ramai masih boleh membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan ETS untuk laluan dari KL Sentral ke Ipoh dan sebaliknya di mana terdapat 14 perkhidmatan yang ditawarkan setiap hari," kata kenyataan itu, hari ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan jadual waktu perjalanan perkhidmatan tren ETS, boleh layari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment