Paksa buka tudung: Tiga wanita Islam dapat ganti rugi

Wednesday, February 28, 2018

Paksa buka tudung: Tiga wanita Islam dapat ganti rugi

Paksa buka tudung: Tiga wanita Islam dapat ganti rugi

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Mahkamah Brooklyn pada Isnin mengarahkan bandar raya New York membayar pampasan berjumlah AS$180,000 (RM707,528) kepada tiga wanita beragama Islam.

Pampasan itu dibuat sebagai ganti rugi selepas dipaksa menanggalkan tudung ketika gambar wajah mereka diambil polis.

"Setiap wanita berkenaan akan menerima AS$60,000 (RM235,842)," kata peguam mereka, Tahanie Aboushi.

Dua daripada mereka diberkas pada 2015 dan seorang lagi pada 2016.

Ketiga-tiga kejadian berlaku di Brooklyn, wilayah paling padat penduduk di New York.

Mereka mendakwa hak kebebasan beragama dilanggar, menyaman bandar raya itu dan Jabatan Polis New York, pasukan polis terbesar di Amerika Syarikat, yang diwakili jabatan undang-undang bandar raya berkenaan.

Sementara jurucakap jabatan undang-undang bandar raya New York, Kimberly Joyce, berkata penyelesaian itu adalah untuk kepentingan bersama semua pihak terbabit.

 

 

 

Polis New York sejak itu mengubah garis panduan untuk membenarkan tahanan yang memakai tudung memilih gambar mereka diambil secara tertutup oleh anggota polis yang sama jantina. - Daily Mail

 

 

 

CAPTIONS: Malak Kazan (kiri) menyaman Jabatan Polis Michigan kerana dipaksa menanggalkan tudung semasa wajahnya dirakam polis pada 2015.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment