Panggil bomba potong gari
BAU: Polis terpaksa mendapatkan bantuan bomba bagi memotong gari seorang tahanan narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, petang tadi.
Kejadian jam 2.45 petang itu berlaku selepas kunci yang digunakan polis untuk membuka gari tahanan lelaki berkenaan patah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dihantar ke IPD Bau bagi menjalankan khidmat khas sebaik menerima panggilan jam 2.54 petang.
Katanya, sebaik tiba, pihaknya dimaklumkan kunci yang digunakan polis untuk menggari tahanan terbabit patah dan mereka tidak mempunyai peralatan untuk memotong gari.
"Pasukan bomba kemudian menggunakan mesin pemotong khas bagi memotong gari pada tangan tahanan terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi khidmat khas itu perlu dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan pada tangan tahanan terbabit.
Katanya, operasi berkenaan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum gari dapat dipotong.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment