POLIS menahan suami isteri dan merampas dua pucuk pistol di rumah di Taman Bakti Gual Tinggi, Rantau Panjang, tengah malam tadi.
Pasangan suami isteri berusia 27 dan 29 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama dua pistol jenis Styer dan Beretta serta 18 butir peluru di rumah teres dua tingkat berkenaan pada 12.30 tengah malam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanudin Hassan berkata, ketika serbuan dilakukan di rumah berkenaan, suspek cuba melarikan diri dengan naik ke tingkat atas.
รขPasukan terbabit terpaksa memecahkan pintu rumah dan mendapati pasangan suami isteri itu bersembunyi di sebuah bilik manakala dua anak lelaki mereka berusia lima dan sembilan tahun berada di bilik berasingan.
"Ketika itu suspek turut menyogok wang RM1,700 kepada anggota terbabit dan mereka kemudian ditahan serta dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment