NGO bantu baiki rumah mangsa ribut

Tuesday, February 27, 2018

NGO bantu baiki rumah mangsa ribut

NGO bantu baiki rumah mangsa ribut

KUANTAN - Musibah menimpa sebuah keluarga di Kampung Kempadang, di sini, akibat rumah mereka rosak dilanda ribut mendapat perhatian NGO, Kuantan Prihatin dan Ikram Kuantan.

Menerusi kerjasama Pejabat Parlimen Kuantan dan Penyelaras Keadilan Dun Tanjung Lumpur, kerosakan rumah milik Mohd Nizam Abdul Wahid terutama pada bumbung akhirnya dibaiki.

Pengerusi Kuantan Prihatin, Fakhrul Anuar Zarkawi berkata,  hasil inisiatif di bawah Penyelaras Dun Tanjung Lumpur, atap rumah  yang rosak dan uzur diganti sepenuhnya dengan atap baharu.

Menurutnya, projek menggantikan atap rumah Mohd Nizam itu diketuai beliau sendiri selepas berjaya mengumpul dana mencukupi untuk tujuan itu.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada khidmat masyarakat berterusan yang dilaksanakan Penyelaras Pusat Khidmat Dun Tanjung Lumpur.

“Dengan kemahiran yang ada pada pasukan sebelum ini, penggantian atap rumah dapat disempurnakan dengan baik dan segera,” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, Mohd Nizam yang bekerja sendiri dengan pendapatan kecil tidak mampu untuk menyediakan keperluan membeli atap baharu serta membaiki atap rumahnya yang uzur.

Rumah berkenaan didiami Mohd Nizam bersama isteri dan tiga orang anak mereka sejak hampir 20 tahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment