Gempa Taiwan: Pemaju bangunan condong ditahan
TAIPEI - TAIWAN. Seorang pemaju sebuah bangunan di Taiwan yang sebahagiannya runtuh semasa gempa bumi awal bulan ini berdepan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Pendakwa raya berkata, lelaki berkenaan tidak diberikan lesen untuk menyelia sebarang projek pembinaan.
Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud yang menggegar bandar pelabuhan Hualien pada 6 Februari lalu, menyebabkan apartmen kediaman 12 tingkat Yun Tsui condong teruk.
Dalam kejadian itu, 14 penghuni bangunan tersebut terbunuh termasuk satu pasangan dari tanah besar China.
"Pemaju apartmen dengan nama keluarga Liu ditahan pada Selasa, manakala tiga lagi pekerja yang telah disoal siasat dilepaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan awal mendapati, dia menyelia dan menggaji beberapa pekerja untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di bangunan itu.
"Kerja pengubahsuaian itu menyebabkan struktur dan kekuatan bangunan terjejas. Sebab itu ia runtuh hanya lapan saat selepas berlakunya gegaran pertama," kata pendakwa raya. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment