PRU14Sekat peruntukan ADUN : Pas persoal slogan demokrasi Azmin

Wednesday, February 28, 2018

PRU14Sekat peruntukan ADUN : Pas persoal slogan demokrasi Azmin


Persoalan demikian dibangkitkan Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ekoran daripada sikap Mohamed Azmin merangkap Timbalan Presiden PKR itu yang sehingga kini masih enggan gagal menyelesaikan isu peruntukan tersebut meskipun hampir dua bulan telah berlaku.

Malah, Mohamed Azmin dakwa beliau bukan sahaja tidak mahu menjawab pertanyaan pihaknya mengenai isu peruntukan berkenaan yang dianggarkan sebanyak RM800,000 setahun tetapi seolah-olah cuba mengelak dari mengadakan pertemuan untuk membincang perkara itu bersama ADUN-ADUN Pas di negeri ini.

“Sebelum ini saya sendiri ada berhubung dengan beliau (Mohamed Azmin) menerusi beliau khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuklah menghantar pesanan WhatsApp kepada Setiausaha Politik Menteri Besar (Shuhaimi Shafiei). Saya dapat jawapan bahawa Menteri Besar akan cuba cari masa (adakan pertemuan dan perbincangan).

“Setakat maklumat yang saya terima sebelum ini, Menteri Besar mahu jumpa selepas sambutan Tahun Baru Cina, bagaimanapun, sehingga kini beliau masih belum jumpa dan bincang dengan kami (wakil-wakil rakyat Pas),” katanya kepada pemberita di Pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


ABDUL YAZID ALIAS



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment