Kumpulan Media Prima dinobatkan Media Elektronik Terbaik

Wednesday, February 28, 2018

Kumpulan Media Prima dinobatkan Media Elektronik Terbaik

Kumpulan Media Prima dinobatkan Media Elektronik Terbaik

PUTRAJAYA: Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) dinobatkan sebagai Media Elektronik Terbaik (majalah dan dokumentari) pada Majlis Apresiasi Wilayah Persekutuan 2017 di sini malam tadi.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kepada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Abdul Hamid, di sini malam tadi.

Sebanyak 13 anugerah pelbagai kategori disampaikan kepada rakan-rakan strategik dan pihak berkepentingan berkaitan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis berkenaan bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan cemerlang pelbagai pihak dan juga memantapkan serta mengeratkan hubungan supaya perkhidmatan terbaik dapat dilaksanakan untuk rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, beliau mengingatkan ahli perniagaan dan pemaju di negara ini supaya tidak melupakan jasa kerajaan yang berusaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan selamat untuk memajukan perniagaan.

Tambah beliau, ramai ahli perniagaan dan pemaju lupa bahawa kejayaan yang dikecapi adalah disebabkan peluang dan dasar kerajaan dalam membantu mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Saya menyarankan supaya kumpulan ini (yang mendapat manfaat daripada kerajaan) menyumbang kembali kepada rakyat dan negara," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment