Kes terowong P. Pinang: Ahli perniagaan direman 6 hari

Wednesday, February 28, 2018

Kes terowong P. Pinang: Ahli perniagaan direman 6 hari


Perintah reman dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 5 Mac ini.

Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM, kemudiannya dibawa masuk ke bilik prosiding.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang semalam.

Menurut sumber SPRM, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.


Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. - BERNAMA





sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment